Memasuki Minggu Akhir, Netizen Tak Sabar Menantikan Pengakhiran Setelah Terlafaznya Akad!

Naskah arahan pengarah prolifik Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad (STA) bakal melabuhkan tirai.

Bersiaran di slot Megadrama, drama bersiri yang diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini sudah memasuki minggu akhir.

Drama bersiri ini merupakan adaptasi novel judul sama karya hebat penulis Ana Milia.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Twitter, drama bersiri STA telah berjaya meniti bibir peminat.

Ramai kaki drama yang ‘tersangkut’ dengan STA dan tidak sabar untuk menantikan apa kesudahan kisah cinta antara Nawal dan Hanan.

Selain Kamal dan Uqasha, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Zul Helmy, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Erwin Dawson, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Jangan lupa minggu akhir drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #SetelahTerlafaznyaAkad untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply