Tokti Tengah Berucap, Bila Sebut Nama Aafiyah Tiba2 Nangis Buat Netizen Terhibur

Selain bergelar penyanyi hebat, Datuk Siti Nurhaliza juga merupakan usahawan kosmetik berjaya dengan jenama produknya SimplySiti yang sudah tidak asing lagi.

Bagaimanapun, semalam merupakan hari bahagia selebriti ini yang juga selaku pengasas produk kecantikan tersebut yang mana dia telah melakukan majlis pelancaran SimplySiti di Indonesia.

Datuk Siti atau mesra dikenali Tokti ini juga meminta followers Instagram mendoakan perniagaannya akan terus berjaya di sana.

Menerusi foto dirinya yang dimuat naik ini juga mendapat perhatian ramai kerana kecantikan wajah Datuk Siti kelihatan sangat meletop sehingga meraih lebih 85 ribu tanda suka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ibu sedang buat ucapan, sebut nama Aafiyah, dia pun menangis pulak ?? . #SelaraskanCantikmu #SIMPLYSITIID #ArisanSIMPLYSITI

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Namun, situasi melucukan juga dikongsikan Datuk Siti apabila dia memuat naik satu rakaman pendek yang mana dia mengatakan ketika sedang berucap menyebut pula nama anaknya secara tiba-tiba Siti Aafiyah mengeluarkan suara.

Rata-ratanya pula meninggalkan komen berseloroh terhadap gelagat Siti Aafiyah yang dianggap lucu ini di ruangan komen.

Aaafiyah menangis sbb ibu ckp aafiyah bukan 1st baby 

anak sy dah bunyi

Aafiyah jealous ibu ada baby lain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram ctdk / HCL

Be the first to comment

Leave a Reply