
Tiada angin tiada ribut, vokalis band Kugiran Masdo, Ali Sariah dikhabarkan telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz.
Berita tersebut dikongsi oleh pentadbir akaun media sosial dengan memuat naik foto pernikahan.
Menerusi entri tersebut, Ali bersama isterinya, Natasha Nur Ain bergambar bersama ahli Kugiran Masdo yang lain di atas pelamin.
“Alhamdulillah walaupun kadang kadang nyanyi salah lirik, dengan sekali lafaz, ali sudah menjadi laki orang. Semoga bahagia hingga ke jannah dan cepat mendapat cahaya mata,” Tulisnya.
Ruangan komen foto itu dihujani dengan ucapan tahniah yang dikirimkan oleh peminat setia Kugiran Masdo.
Menerusi carian Gempak di laman Instagram, Ali dipercayai melangsungkan pernikahan dengan Natasha yang berasal dari Johor.
Majlis akad nikah diadakan pada Jumaat pagi (8 Ogos) manakala majlis resepsi pula berlangsung pada sebelah malam.
Ali turut menerima ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya. Tidak kurang juga ada yang turut ‘makan hati’ kerana ‘crush’ mereka sudah dimiliki oleh wanita lain.
Tahniahhhhhh woi ali! hahahahah diam2 jekkk
Dinda jangan marah marah, kanda telah bernikah
Dah la move un ye? mungkin dah tak de jodoh
Tahniah diucapkan untuk Ali dan isteri. Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke syurga!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: nstagram @kugiranmasdo & @_asmawi/gempak
Leave a Reply