
Tahun ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah menjangkau usia 40 tahun, namun penyanyi tersohor Malaysia itu tetap lagi menjadi idola dan ikon fesyen wanita-wanita muda.
Apa tidaknya, wajah ‘baby face’ selebriti itu yang tak makan dek usia sentiasa kelihatan muda dan manis seperti dalam usia remaja.
Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini TokTi memuat naik foto bersama keluarga sempena Hari Raya Aidil Adha dengan menggayakan tudung bawal, netizen berpusu-pusu puji cantik seperti anak dara!
Jelas tudung bawal membuatkan ‘keremajaan’ wajah TokTi lebih terserlah sehingga ramai netizen yang menyamakannya dengan anak-anak tirinya.
Sambutan baik dari netizen itu mengundang Siti untuk ‘belanja’ lebih banyak gambarnya memakai tudung bawal.
View this post on Instagram
Bagi anak-anak dara di luar sana pasti boleh jadi cemburu dengan wajah TokTi yang awet muda kan?
Sumber: Instagram ctdk via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply