“Saya Dah Berpisah Dengan Isteri Dah Lama. Tolong Jangan Ungkit Lagi – Datuk Boy Iman Dedah Cerita Sebenar

Pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman Abdul Rahman mendedahkan dia sudah pun berpisah dengan isterinya pada April tahun lalu.

Perkongsian tersebut yang dibuat menerusi media sosial itu antara lain memberi kesempatan buat pelakon Blok 404 itu untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini.

“Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text.

“Waima likes atau satu komen pun payah.

Kalau posting pasal business lagilah payah.

Watak2 sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama2 melayu di tv.

“Watak2 yang cuba isi borang pun ada seperti “i kesian kat u, i dah lama minat u, i rasa u akan dapat org yg lbh baik dan bla bla bla,” tulisnya.

Bagaimanapun, dirinya mengakui terpaksa untuk tidak memaklumkannya pada umum kerana perlukan masa untuk menerima hakikat.

“Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya utk menerima dugaan berat ini.

“Saya dah berpisah dengan isteri pada 20hb April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sgt menyedihkan.

“Apatah lg yg menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak2 kami. Lebih2 lagi emmer, nyawa saya, jantung hati saya dan geng saya main pubg, jln2 dan minum teh tarik,” maklum Boy yang turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.

“Apa2 pun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak2 dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.

“Inilah aturan yg terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yg Allah rencanakan utk kita,” terang Boy Iman panjang lebar.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text. Waima likes atau satu komen pun payah. Kalau posting pasal business lagilah payah. Watak2 sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama2 melayu di tv. Watak2 yang cuba isi borang pun ada seperti “i kesian kat u, i dah lama minat u, i rasa u akan dapat org yg lbh baik dan bla bla bla”. Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya utk menerima dugaan berat ini. Saya dah berpisah dengan isteri pada 20hb April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sgt menyedihkan. Apatah lg yg menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak2 kami. Lebih2 lagi emmer, nyawa saya, jantung hati saya dan geng saya main pubg, jln2 dan minum teh tarik. Apa2 pun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak2 dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat. Inilah aturan yg terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yg Allah rencanakan utk kita. Salam maghrib! #boyiman #datoboyiman #datodrboyiman #dbi

A post shared by Dato’ Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on

Terdahulu, Boy Iman turut berkongsi suatu entri panjang lebar yang berkisar mengenai kehidupan yang secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya ramai.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Akhirnya aku berani untuk menerima kenyataan yang ianya telah musnah. Dari terus hidup dalam kepura-puraan, Dari hidup dalam fantasi walaupun realitinya tidak begitu. Dan yang amat berat untuk ku telan ialah hidup dalam keadaan berdosa kerana hukum tetap hukum. Hukum bukan mainan..ianya akan dihisab dan sedang diperhatikan oleh Allah Taala untuk diberi balasan bukan sahaja disana tetapi di dunia ini. Doakan aku utk terus berani menghadapi semua ini serta kuat menerimanya sebagai satu aturan yang sempurna dan terbaik untuk aku dan terbaik untuk engkau dari Allah. Aku tetap menyayangi dirimu dan anak2 walaupun kita sudah tidak menjadi kita lagi. #boyiman #datoboyiman #datodrboyiman #dbi

A post shared by Dato’ Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on

Terkini, bintang itu sekali lagi berkongsi foto terbaru dengan kapsyen yang turut berkisar mengenai apa yang berlaku serta kasihnya terhadap anak-anak.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Saya mendirikan rumahtangga pada usia yang agak lewat, 31 tahun. Selain daripada jodoh datang lambat pasti ada asbab dia, saya risau dan takut. Jadi trauma kerana disekeliling saya kawan2 dan org2 yg berkahwin kebanyakannya bergaduh, hidup tak aman, asyik bertengkar, tak bahagia kemuncaknya bercerailah. Yg jadi mangsa diri masing2 x pa lagi, ni anak2. Jadi perkara yg paling saya takut dan risau telah terjadi kepada saya bila saya fikir2 balik srg2 ni. Tapi jgn fikir yang tak baik, negatif saja. Yang positif, yang bahagia kena pikir jugak. Sepanjang saya berkahwin lebih banyak yang baik, yang positif dan yang bahagia saya lalui. Saya bersyukur Allah pinjamkan nikmat berkahwin itu. Harap2 anak2 saya tidak akan menjadi mangsa la walaupun kami suami isteri berpisah. Cuma sebagai hamba-Nya, ada perkara yg bukan dibawah kawalan kita, bukan kita nak pun tp terjadi. So nasi dah jd bubur, apa nak buat..letak kicap makanlah. Itu ujian, dugaan dan bahagian masing2. Kena redha, hadap dan tabah. Saya berharap anak2 saya akan terus menjaga mama dia, menyayangi saya dan hubungan kami tidak berakhir hanya di dunia tetapi berpanjangan sehingga akhirat sebagai anak beranak. Papa sayang anak2 papa. #boyiman #datoboyiman #datoboyiman #dbi

A post shared by Dato’ Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on

Dato Boy Iman mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 ketika berusia 31 tahun.

Foto: Instagram Boy Iman

Sumber : Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply