Kerana Putri… Pak Nil & Zizan Razak Mengalirkan Air Mata Di Sidang Media Ceria Megastar Ministar 2019

Di sebalik kegembiraan dalam meraikan kemenangan Eiffel atau nama sebenarnya Eiffel Paul Pailus sebagai juara, sidang media program Ceria Megastar Ministar 2019 malam tadi turut bersulamkan air mata.

Semuanya gara-gara niat murni pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi yang sudi menyumbangkan RM5,000 kepada peserta yang meraih tempat keempat, Qasrina Putri Adrianna Abdullah atau Putri yang berusia 10 tahun.

Bukan hanya Putri, malah pelawak dan pelakon, Zizan Razak turut kelihatan mengalirkan air mata sewaktu pengumuman tersebut. Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, bantuan itu disalurkan selepas melihat keadaan serta kekangan keluarga Putri sendiri. Menurutnya, dia telah mengenali latar belakang Putri dan dia bukanlah datang dari keluarga yang berkemampuan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebelum ia menjadi isu, biar #paknil terangkan di sini. Iya, Paknil di sidang akhbar selepas konsert akhir CeriaMegastar Ministar ada mengumumkan untuk menghadiahkan pemenang tempat ke 4 Puteri dgn wang tunai RM5,000. Semua tahu yg di pertandingan itu pemenang ke empat hanya beroleh trofi sahaja tanpa hadiah wang tunai Jadi Paknil mengambil peranan sebagai Pengerusi Yayasan Pesona yg Paknil tubuhkan untuk memberikan senyuman kepada Puteri. Harap isu ini tidak disalahtafsirkan oleh mana2 pihak ?❤️

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

“Mereka setiap minggu berulang balik dari Port Dickson ke Kuala Lumpur. Saya tahu kekangan mereka macam mana… Saya pernah nampak Putri menyanyi secara ‘busking’ di Port Dickson sebelum ini. Orang kaya tidak akan ‘busking’ untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

“Malah, sumbangan itu dilakukan secara spontan sebab saya nak Putri rasa dia pun menang. Saya tak mahu dia rasa kalah bawa pulang trofi saja sedangkan kawan-kawan lain dapat hadiah wang,” katanya.

Jelas Pak Nil, sumbangan itu disalurkan menerusi Yayasan Pesona yang ditubuhkan untuk membantu golongan susah terutama kanak-kanak serta ibu tunggal.

“Sebenarnya yayasan ini ditubuhkan menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya sendiri dua tahun lalu. Jika dulu tak ramai yang percaya dengan usaha ini, namun sekarang Alhamdulillah ada penaja yang sudi percaya dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Terdahulu, kemenangan Eiffel sebagai juara Ceria Megastar Ministar 2019 musim pertama melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM 25,000 dan sebuah trofi. Naib juara pula milik Feli Stacy Paimin, 12, atau Cici manakala tempat ketiga, Muhammad Aliff Idham, 13. Masing-masing menerima wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply