“Keluarga Tunang Saya Terpaksa Menanggung Malu” – Sufi Rashid Akui Hubungan Dengan Tunang Hampir Retak

Penyanyi Sufi Rashid mengakui hubungan dengan tunangnya, Nurulain Md Yusof hampir retak gara-gara fltnah disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan Harian Metro, Sufi menjelaskan perkara itu turut memberikan impak bvruk kepada keluarga tunangnya.

“Keluarga tunang saya terpaksa menanggung m@lu dengan segala fltnah yang dilemparkan terhadap mereka. Saya jadi segan berdepan dengan mereka yang langsung tidak bersalah.

“Sebulan sahaja lagi saya akan mengakhiri zaman bujang. Semakin dekat tarikh pernikahan, semakin berat pula dugaan saya dan tunang,” katanya.

Dakwa Sufi, ada individu menggunakan akaun paIsu untuk menarik perhatian Nurulain dengan memfltnah, menghlna dan melemparkan tduhan tidak berasas.

Sebagai anak seni kata Sufi, dia enggan terpalit dengan k0ntroversi namun terpaksa memuat naik kenyataan itu bagi menghentikan sikap bsuk h@ti individu terbabit.

“Saya percaya ramai mengikuti kisah peribadi saya dan simpati dengan apa yang jadi. Saya menghargai setiap nasihat dan teguran yang diberikan.

“Diharap perkongsian saya di IG Story mampu menghentikan sikap bvruk sangka individu itu.

“Daripada kamu bersangka bvruk dan menambah d0sa, lebih baik kamu doakan kami yang akan mendirikan ‘masjid’,” katanya.

Sufi dan Nurulain mengikat tali pertunangan pada 15 Disember tahun lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 21 September ini.

Sumber: Harian Metro via Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply