
Dikhabarkan filem gandingan Mira Filzah, Zul Ariffin dan Remy Ishak bakal ditayangkan tidak lama lagi malah filem berjudul ‘Sangkar’ ini mula menarik perhatian ramai.
Namun apa yang menjadi tumpuan peminat pelakon-pelakon terkenal ini apabila Zul Ariffin menerusi Instagram miliknya ‘belanja’ satu rakaman video disebalik lakonannya bersama Mira.
Lucunya juga apabila video yang dimuat naik itu merupakan scene jejaka kacak ini dilempang Mira.
Membuatkan ramai terhibur lagi, kata Zul menerusi kapsyen dia tidak boleh tahan mahu ketawa kerana kena lempang dan dalam pada masa yang sama terkejut.
Dia mengatakan turut melihat Remy Ishak sendiri terkejut bersama-sama, bagaimanapun ia merupakan kenangan mereka ketika shooting filem tersebut.
Sumber :Instagram Zul Ariffin via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply