Kongsi Foto Bersama Baby Bump, Nina Iskandar Umum Hamil Anak Pertama

Pelakon Nina Iskandar umum hamil anak pertama selepas selamat bernikah pada April lalu.

Nina akui bersyukur dan gembira dengan rezeki dikurniakan kepadanya dan suami Azlan Adzanan.

“Bismillahirrahmirrahim. Masa berlalu dengan sangat pantas dan banyak perkara berlaku dalam kehidupan saya dalam masa terdekat ini. Overwhelming surprises – but only blessing after blessing.

“Syukur Alhamdulillah, saya dan suami akhirnya gembira untuk mengumumkan kepada umum that we have a little one on the way.

“Terima kasih atas semua doa kalian. Jumuah Mubarakah,” tulisnya.

Nina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik fotonya bersama baby bump yang sudah mula kelihatan.

Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata turut mengucapkan tahniah.

Namun tidak kurang juga yang menganggap kehamilan itu sebagai bunting pelamin kerana dia dan suami baru sahaja bersanding pada awal bulan ini.

Pasangan ini terlebih dahulu telah diijabkabulkan pada awal April lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Difahamkan Nina mula mengenali suaminya yang juga seorang penolong pengarah ketika bekerjasama dalam drama Setelah Cinta itu Pergi, arahan Heykal Hanafiah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply