Ibu bapa mana tidak gembira apabila anak-anak membesar dengan baik. Tambah lagi apabila mereka akan melangkah masuk ke alam persekolahan. Terasa masa berlalu dengan sangat pantas!
Perasaan tersebut dialami sendiri oleh pelakon jelita Fasha Sandha apabila dua anaknya Rayfal dan Jemyma telah menamatkan pendidikan pra-persekolahan semalam dengan jayanya.
Melalui laman Instagram, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu berkongsi beberapa gambar di sekitar majlis graduasi anak-anaknya yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Melalui laman Instagram, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu berkongsi beberapa gambar di sekitar majlis graduasi anak-anaknya yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Jejai juga turut hadir…
Bukan setakat Fasha dan Aidil Aziz je ada, malah bekas suaminya Jejai turut hadir bagi meraikan majlis tersebut. Wahhh! Bagusnya masing-masing melakukan yang terbaik untuk anak-anak.
Lain pula jadi perhatian…
Ramai pula yang sebut-sebut pasal ‘baby bump’ Fasha ni! Kalau betul la Fasha mengandung lagi, tahniah buat pasangan tersebut. Semoga semuanya baik-baik kehendakNya.
Berikutan posting berkenaan, ramai yang telah memberikan pujian terhadap Fasha. Netizen turut menegur mengenai ‘baby bump’ aktres tu yang semakin jelas kelihatan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber : Ohmymedia Via CelotehSaje
Leave a Reply