“Saya Ada Nama” – Sering Disapa Dengan Panggilan Hantu, Dalimawati Terkilan.

Pelakon Dalimawati terkilan apabila dia sering disapa dengan panggilan hantu Kak Limah berbanding namanya yang sebenar.

Memetik laporan HLive, Dalimawati atau nama sebenarnya Dalimawati Ismail, 61, memaklumkan menjadi watak utama bagi filem hantu komedi itu membuatkan peminat terbawa-bawa nama itu hingga ke dunia nyata.

“Memang selalu macam tu. Kadang-kadang ada kawan yang pertahankan saya bila ada orang panggil saya hantu.

“Saya bukan hantulah. Saya ada nama. Hantu tu dalam filem sahaja, jangan diluar pun nak dipanggil hantu,” ujar pelakon yang sinonim dengan watak Kak Limah itu.

Namun, Dalimawati tetap memandang melihat perkara ini dari sudut yang positif apabila dia sendiri yang berbesar hati untuk melakonkan watak hantu tersebut.

“Nak buat macam mana, dah memang saya nak ambil watak tu, terima je la,” ujarnya pasrah.

Sedikit tentang perkembangan terbaru, Dalimawati telah tersenarai sebagai calon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 32.

Dalimawati bakal bersaing merebut anugerah Pelakon Filem Wanita Popular bersama Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Delimawati binti Ismail ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 1958 mula menceburi bidang lakonan selepas diperkenalkan pengarah Mat London pada 1987.

Nama beliau mula naik dengan watak Cik Kiah melalui telefilem popular Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan kemudian melonjak sekali lagi sebagai Kak Limah dalam siri filem Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah oleh Mamat Khalid.

Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Hantu Kak Limah ialah siri filem komedi seram Malaysia yang terdiri daripada kesemua tiga filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penerbit. Tayangan Unggul menerbitkan dua siri filem, manakala Astro Shaw dan Infinitus Productions menerbitkan filem ketiga. Delimawati, Awie dan Rab Khalid telah membintangi kesemua tiga filem.

Filem pertama merupakan kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM7.90 juta. Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2013, menjadi kejayaan dari segi kewangan.[4] Manakala pada 2018, filem ketiga meraih kutipan pecah panggung tertinggi dalam sejarah industri perfileman Malaysia.

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.

Hantu Kak Limah 3

Husin pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda, Wani dan Yeh Sekupang di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Astro Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply