“Halang wartawan masuk” – Foto majlis perkahwinan tertutup Glenn Freddly bersama penyanyi dangdut akhirnya terseb4r juga

Penyanyi yang popular menerusi lagu Januari, Glenn Fredly selamat melangsungkan perkahwinan dengan Mutia Ayu, dalam sebuah majlis tertutup pada 19 Ogos lalu.

Adik kepada Glenn, iaitu Moses mengesahkan acara pernikahan dan resepsi abang dan kakak iparnya yang berlangsung di Jakarta, Indonesia berjalan lancar.

Dia juga memohon maaf kepada sekumpulan wakil media yang dilarang masuk ke majlis resepsi atas permintaan Glenn.

“Mohon maaf kepada teman-teman media kerana tidak dibenarkan masuk.

“Keluarga sangat berterima kasih kepada kalian kerana sanggup menunggu.

Glenn Fredly bersama isterinya Mutia Ayu diraikan keluarga dan teman rapat dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Jakarta, semalam

“Kami mengadakan majlis ini secara privasi atas permintaan pasangan pengantin. Di harapkan kalian terus mendoakan kebahagian untuk mereka,” kata Moses seperti yang dilaporkan media di Indonesia.

Sementara itu, majlis resepsi Glenn Fredly, 43, dan Mutia Ayu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti seperti Tompi dan Saykoji.

Majlis berlangsung dengan pengawalan kettat oleh sekumpulan pengawal peribadi.

Ini adalah pernikahan kedua bagi Glenn Fredly. Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga Dewi Sandra. Perkahwinan itu bertahan selama tiga tahun sebelum bercerrai pada 2009.

Sumber  – MHE TV via celoteh saje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply