“Asal Nabila Razali Semua Salah” – Respon Nabila Bila Penonton Banding Nyanyian Han-Byul Dengan Penyanyi Asal ‘Vroom Vroom’

NAMPAKNYA penyanyi Nabila Razali terus menjadi bahan kritikan netizen yang mempertikaikan mutu nyanyiannya walaupun ketika menyampaikan lagu sendiri.

Terkini, keupayaan Nabila menyanyi secara langsung dibandingkan pula dengan peserta Big Stage 2019, Han-Byul yang membuat persembahan lagu Vroom Vroom di konsert minggu kedua program berkenaan pada Ahad.

Big Stage minggu kedua diadili dua juri profesional tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika disamping Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri jemputan.

Manakala peserta daripada Korea Selatan, Han-Byul yang membawakan lagu Vroom Vroom nyanyian asal Nabila Razali membuat kejutan apabila mendahului carta dengan markah sebanyak 89.33 peratus.

Pada persembahan bertenaga itu, Han-Byul turut menerima tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ daripada Siti Nurhaliza dan Judika.

Sementara itu peserta Indonesia iaitu Dinda Permata yang menyanyikan lagu Temberang (Ayda Jebat) mendapat 82.67 peratus.

Selain Han-Byul dan Dinda Permata, sembilan peserta yang layak ke peringkat seterusnya ialah Neeta, Kucaimars, Irfan Haris, Santesh, Syada Amzah, Fieya Julia, Adzrin, Aziz Harun dan Chaleeda.

Big Stage dihoskan oleh Alif Satar bersama Sherry Alhadad dan bersiaran secara langsung daripada Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad bermula 9 malam.

Rata-rata berpendapat kualiti vokal dan persembahan peserta dari Korea itu jauh lebih baik berbanding Nabila selaku penyanyi asal.

Namun Nabila, bagaikan sudah lali dengan perbandingan seperti itu berpendapat setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri ketika membuat persembahan.

“Saya sedar ada yang membandingkan cara nyanyian kami, ada yang kata dia nyanyi lagu Vroom Vroom lagi baik dari saya.

“Saya tak kisah tentang komen penonton itu, cumanya pada saya tak perlulah ada perbandingan begitu. Setiap penyanyi ada cara tersendiri nak sampaikan lagu dan dalam pertandingan setiap peserta pastinya akan buat lebih baik daripada penyanyi asal.

Nama Nabila Razali, Han-Byul dan Vroom Vroom menjadi trending di Twitter.

“Kalau kita tengok artis luar negara pun banyak buat cover lagu orang lain dan lebih sedap berbanding penyanyi asal, tapi orang tak kata… peliknya asal Nabila Razali sahaja mesti ada salah!,” katanya.

Malah, nama Han-Byul dan Nabila Razali turut menjadi trending di laman Twitter.

Persembahan Han-Byul terima pujian ramai.

Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, Nabila berkata dia tetap hadir ke konsert tersebut bagi memberikan sokongan kepada peserta berusia 29 tahun itu.

“Walaupun jadual saya pada hari itu agak padat, tapi saya cuba curi-curi waktu untuk ke konsert tersebut bagi menyaksikan persembahan Han-Byul.

“Mujurlah dia peserta terakhir buat persembahan jadi dapatlah saya tengok secara langsung.

Perjalanan 11 peserta diteruskan selepas penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie.

“Saya sangat terharu dan berasa bangga apabila orang luar mampu bawa lagu itu dengan baik mengikut caranya sendiri. Dia sangat bagus!,” ujarnya.

Ditanya adakah dia bersedia untuk bergandingan bersama penyanyi yang popular dengan lagu Time Is Up itu, Nabila berkata dia menerima dengan hati terbuka jika ada tawaran sedemikian.

“Mestilah nak! Insya-Allah kalau ada rezeki dan tawaran semestinya saya tidak menolak,” katanya.

Big Stage 2019 bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor setiap Ahad pukul 9 malam.

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply