Gadis-Gadis Ini Pakai Baju Kurung Ala Raja Permaisuri Agong. Tak Sangka Tuanku Pun Puji!

Susulan pelantikan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, maka secara rasminya Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menjadi Raja Permaisuri Agong yang terbaru

Memiliki raut wajah yang manis serta penuh dengan kemesraan dan kaya dengan sifat keibuan, Tunku Azizah merupakan seorang Raja Permaisuri yang sangat berjiwa rakyat dan cukup disenangi rakyat jelata khususnya di negeri Pahang.

Selain dikenali dengan kehandalan memasaknya, penampilannya yang bertudung litup dan sering berbaju kurung mendapat pujian serta menjadi inspirasi rakyat jelata.

Umum sudah mengetahui bahawa kebanyakan busana Tunku Azizah merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizalman yang telah bekerjasama dengan baginda selama 15 tahun.

Menurut Rizalman, beliau sendiri kagum dengan pemilihan fesyen Tunku Azizah yang disifatkan sebagai ringkas namun mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Dalam mereka busana Tuanku, pereka fesyen itu berkata, “Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja.”

Baru-baru ini sekumpulan pelajar perempuan dari SMK Seksyen 24(2) telah menjadikan gaya Raja Permaisuri Agong sebagai inspirasi ketika sesi photoshoot untuk gambar kelas mereka

 

 

Image via Twitter @sarahmiisha

Menerusi laman Twitter, salah seorang daripada pelajar perempuan tersebut iaitu Sarah Misha telah berkongsikan gaya pemakaian baju kurung mirip Raja Permaisuri Agong, yang juga merupakan idola mereka.

Mengadakan sesi photoshoot kelas di Eco Ardence, Setia Alam, Sarah bersama rakan sekelasnya yang lain hanya menggunakan selendang dan pin sahaja bagi mendapatkan gaya tersebut. Siap ada yang minta mereka buat tutorial lagi!

Image via Twitter @sarahmiisha

Lagi gambar hasil daripada photoshoot tersebut:

Image via Twitter @hemsterzulhakim

Image via Twitter @hemsterzulhakim

Image via Twitter @NurArishah2

Paling best sekali apabila Tunku Azizah sendiri memuji gadis-gadis itu menerusi laman Twitter peribadinya

Image via Twitter @cheminahsayang

Dah kalau cantik di mata Tuanku, apatah lagi di mata para netizen.

Rata-rata netizen turut sama kagum dengan cara pemakaian baju kurung sebegitu yang dilihat cantik, manis, serta sopan.

Sumber : Image via Twitter @NurArishah2 via says

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply