“Saya tidak sangka saya hamil kembar tiga” – Pelakon Villa Nabila, Tisha Shamsir Sebak Kngsi Detik Sukar Alami Kegvguran

Pelakon filem Villa Nabila, Tisha Shamsir mendedahkan dia mengalami kegvguran kembar tiga, tiga bulan lalu.

Berdukacita atas kehilangan cahaya mata sulungnya itu, kata Tisha, 33, dia bagaimanapun akur rezeki tidak memihak padanya dan suami.

“Kecewa memang kecewa sebab sudah lama menunggu. Allah bagi rezeki kembar tiga selepas tiga tahun kahwin namun Dia tarik balik rezeki itu dan gantikan dengan yang lain.

“Pada mulanya saya tidak sangka saya hamil kembar tiga, sehinggalah saya membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan dua daripada janin itu berada di luar r4him.

“Namun, malangnya kantung luar r4him saya pec4h dan doktor terp4ksa melakukan pembed4han untuk mengeluarkannya.

“Kemudian, kami nekad untuk menyimpan satu daripada tiga itu namun gagal diselamatkan apabila gugvr dengan sendirinya selepas pembed4han itu,” katanya kepada Gempak.

Tisha yang ditemui pada majlis doa selamat dan pra pelancaran telefilem Kerusi Kecil di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini menambah ketika itu usia kandungannya mencecah dua bulan.

“Insya-Allah saya tidak putus doa dan terus berharap untuk dikurniakan rezeki lagi selepas ini,” ujar Tisha lagi.

Katanya, keluarga suaminya, Ady Hafize Hanaffiah mempunyai sejarah keluarga bayi kembar termasuk kakaknya yang hamil kembar empat.

Tisha yang juga bekas peserta Mentor musim keenam telah mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurus produksi Skop Productions, Ady pada 2016.

Dalam perkembangan lain, Tisha dan Ady bakal menerbitkan sebuah telefilem Kerusi Kecil yang dibintangi Zizan Razak dan Bella Astillah menerusi syarikat produksi milik mereka sendiri, Adtisya Productions.

Telefilem itu akan menjalani penggambaran sekitar Terengganu bermula September ini.

Kerusi Kecil mengisahkan kehidupan seorang lelaki kreatif yang mengejar impiannya dalam dunia perniagaan perabot.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply