Hadir Ke Sambutan Hari Jadi, Sufian Suhaimi Jalin Hubungan Istimewa Dengan Instafamous Remaja Arianna Natasha ???

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan dakw4an dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama selebriti media sosial berusia 16 tahun, Arianna Natasha.

Jelas Sufian, 27, hubungan mereka sekadar kenalan rapat dan tidak lebih daripada itu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

My life isn’t perfect, but i’m thankful for everything i have ❤️ Cc : @taqihunterz ?

A post shared by Arianna Natasha Bt Abd Zambree (@arianna_natasha) on

“Sebenarnya kami berkenalan menerusi kawan atas kawan dan pada sambutan hari jadinya baru-baru ini keluarganya ada menjemput saya.

“Kebetulan lokasinya berhampiran tempat tinggal saya dan saya pun ada kelapangan jadi saya pergi sajalah.

“Cerita sebegini bukan sesuatu yang baru bagi saya, asam garam kehidupanlah sebagai anak seni,” katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran single terbaharu Takkan Merubah di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

?

A post shared by Arianna Natasha Bt Abd Zambree (@arianna_natasha) on

Tambah Sufian lagi, dia lebih selesa seandainya netizen berbicara mengenai kerjaya dan kejayaannya dalam industri.

Khabar angin mengenai hubungan istimewanya dan Arianna muncul apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu itu hadir ke sambutan hari jadi gadis itu beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Sufian teruja menantikan maklum balas daripada peminat untuk single duetnya bersama Amira Othman, Takkan Merubah.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

New song is released! Lagu duet bersama @amiraaothman, #TakkanMerubah. Check it out on YouTube now!

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

“Saya sangat berbesar hati dapat merakamkan duet dengan Amira Othman dan menyimpan harapan sekian lama. Semoga peminat dapat melihat karya ini dalam sudut berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini,” tambahnya.

Single Takkan Merubah merupakan lagu ciptaan Amylea dan Farouk Roman dan akan dimuatkan sebagai runut bunyi filem Motif yang akan ditayangkan pada 26 September depan.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply