Bella Dedahkan Satu Hajat Dia Yang Disimpan Sejak Sebelum Berceral Dengan Aliff Aziz Dan Akhirnya Bakal Ditunaikan

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan bakal membawa ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Ayden Adrean, 2, untuk menunaikan umrah pada September depan.

Kata Bella, hasrat itu sudah lama dipend4m sejak mendirikan rumah tangga lagi.

“Insya-Allah pada awal September depan saya, Ayden dan keluarga akan menunaikan umrah.

“Niat ini saya sudah lama simpan sejak sebelum saya bercerai dengan bekas suami lagi.

“Namun, sebelum ini saya tak berkesempatan untuk membawa kedua-dua ibu bapa saya sekali dan akhirnya semoga niat saya kali ini dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.

Selain keluarga, Bella akan turut ditemani kenalan rapatnya bersama berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Sementara itu, Bella menjelaskan dia kini lebih menumpukan untuk membahagiakan keluarga dan anaknya tanpa memikirkan soal mencari pengganti.

“Keutamaan saya kini hanya anak dan keluarga. Tak terfikir pun untuk bercinta buat masa sekarang sebab saya pun terlalu sibuk,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Bella bakal membintangi telefilem Kerusi Kecil arahan Ghaz Abu Bakar bergandingan dengan Zizan Razak.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba spekulasi Zizan Razak bercinta dengan Bella Astillah bertebaran bak puting peliung. Terkejut beruk Abang Nara dibuatnya. Spekulasi ini bermula apabila Bella Astillah dilihat hadir ke majlis sambutan hari jadi ibu Zizan Razak, yang telah dimuatnaik oleh pelawak tersebut ke sosial media. Siap berdiri sebelah mak Zizan lagi. Memang sesuatu sangat kan?

Tapi korang semua jangan risau, menurut Zizan, dia tidak bercinta dengan Bella. Kehadiran bekas isteri Aliff Aziz itu sekadar kebetulan sahaja. Terang Zizan:-

Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem kami. Masa dia hubungi, saya ada tanya dia ada dimana dan dia berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu.

Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu saya ajak dan dia pun datang. Saya jenis kalau bercinta tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial

zizan bella astillah

Ala, kalau betul pun apa salahnya kan? Zizan pun dah mencecah usia 35 tahun, Bella pun solo. Tak ada sesiapa nak marah pun. Bila tengok lama-lama, memang nampak macam pinang dibelah dua kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Mana tahu ada jodoh kan?

Sumber : Mstar Online.

Kredit: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply