Duet Lagu Menghitung Hari, Raja Permaisuri Agong Teruja Menyanyi Bersama Melly Goeslow

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan keterujaan apabila dapat menyanyi bersama penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw.

Menerusi laman sosial Twitter, Tunku Azizah berkongsi sekeping foto mesra bersama penyanyi itu di akaun Twitter rasminya, @cheminahsayang.

“I got to sing with Melly Goeslaw,” titah Tunku Azizah menerusi kapsyen foto setebut.

Menerusi perkongsian itu lagi, rata-rata netizen turut sama teruja melihat Tunku Azizah begitu senang didekati dan mudah mesra.

Malah, ada seorang netizen sempat bertanya lagu apakah yang menjadi pilihan baginda berduet bersama Melly.

“Menghitung Hari 2,” jawab Tunku Azizah terhadap pertanyaan netizen tersebut.

Ada juga netizen yang mengusik meminta Tunku Azizah untuk memuat naik video nyanyian tersebut untuk didengari oleh rakyat jelata.

“Patik nak dengar Raja Permaisuri Agong nyanyi jugakkk pleaseeee,” ujar seorang netizen.

“We want the video!” pinta seorang netizen.

“Ampun tuanku sudilah kiranya tuanku share video nyanyi pasti merdu,” komen seorang netizen lagi.

Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Republik Indonesia untuk bertemu dengan Presiden Joko Widodo.

Lawatan empat hari itu turut disertai puteri-puteri baginda serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai kanan Kementerian Luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply