Iklan Merdeka 2019 Ini Kelihatan Lucu, Tapi Maksud Lain Yang Ingin Disampaikan Lebih Mendalam

Esok Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke-62. Pelbagai acara dan hiasan diatur di sekolah-sekolah mahu pun di pejabat bagi menyambut perayaan penuh bersejarah ini.

Tidak kurang juga pelbagai iklan dari beberapa syarikat besar mula ditayangkan di platform sosial media masing-masing.

Namun ada satu yang menjadi tular iaitu dari Affiliate Junction. Iklan yang dikongsikan semula oleh salah seorang pengguna Facebook ini telah menarik perhatian ramai dengan lebih daripada 141,000 tontonan dan 3,300 shares.

Video iklan yang hanya berdurasi dua minit 5 saat itu memapaparkan beberapa orang pesakit yang tidak boleh menggunakan tangan mereka kerana kelihatan berbalut.

Nak dijadikan cerita pada waktu makan hanya ada seorang jururawat yang ada dan tiba-tiba jururawat itu pergi meninggalkan mereka bersama makanan di atas meja masing-masing.

Dah macam mana pula mereka nak makan? Dari situ, pesakit yang terdiri dari pelbagai bangsa ini mula bersatu menyuap satu sama lain makan.

 

Iklan yang agak menghiburkan tapi ada maksud cukup mendalam. Jika bersatu dan bekerjasama sesuatu yang mustahil dapat dilakukan.

Rata-rata netizen yang menonton iklan ini meninggalkan komen seperti berikut:

“Bersatu kita teguh, bercrai kita roboh”

“Sakit macam tu ada selera juga ke nak makan”

“Ya Allah lawaknya tapi deep sangat maksudnya”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Zuraidah Ismail via HCL

 

Be the first to comment

Leave a Reply