“Tiz Zaqyah Pun Layan Bundle Jer,”- Ramai Puji Sikap Rendah Dirinya Gayakan Fesyen

Pelakon, Tiz Zaqyah ada berkongsi sekeping foto menerusi akaun Twitter miliknya.

Kongsi bintang drama bersiri Nur Kasih itu, dia telah memakai baju jaket yang dibelinya dari sebuah kedai ‘bundle’. Malah, pelakon berusia 30 tahun itu turut berkongsi gambar ketika mengayakan jaket tersebut.

“Denim jacket for #bundlechallenge,” tulisnya.

 

Lantas, perkongsian bintang kelahiran Kuala Lumpur ini mendapat pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji sikap rendah diri Tiz yang memakai pakaian bundle atau pakaian terpakai. 

Di samping itu, peminat juga turut berkata wajah Tiz seakan persis seperti wajah penyanyi Indonesia, Agnez Monica.

Tidak kisahlah bergelar selebriti atau tidak, amalan berjimat-cermat itukan satu amalan yang bagus. Betul tak?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Twitter Tiz Zaqyah via MH

Be the first to comment

Leave a Reply