Kenali Sean Lee, Pelakon Berwajah Bak Artis Korea… Ini Biodatanya

Namanya kini semakin meningkat naik, Sean Lee antara pelakon berbangsa cina yang tidak lokek berlakon dalam drama-drama melayu tempatan. Namanya pada hari ini sudah dikenali ramai dengan wajahnya yang ala-ala pelakon Korean, manis dipandang.

Lima tahun lalu, Sean adalah seorang YouTuber dan tiada siapa menyangka satu hari nanti dia akan menghiasi layar TV sebagai pelakon. Jom kenalinya dengan lebih lanjut…

Biodata

NAMA PENUH: Sean Lee Jia Ern

NAMA POPULAR: Sean Lee

TARIKH LAHIR: 17 Ogos 1994

ASAL: Subang Jaya, Selangor

UMUR: 25 Tahun

PENDIDIKAN: Diploma Seni Dan Persembahan, Kolej Sunway

INSTAGRAM: seanlje

Keperibadian dan latar belakang

Sean Lee memiliki keperibadian yang sangat bersahaja, lucu dan sempoi menjadikan dirinya mudah untuk didekati.

Sean Lee juga gemar melancong dan sehingga kini sudah mengembara ke beberapa buah negara seperti Jepun, Korea, Macau, Australia, Finland dan banyak lagi.

Malah dia turut meminati bidang suntingan dan penerbitan video menjadikan dirinya sebagai YouTuber di salurannya seanlje yang sehingga kini memiliki lebih dari 52,000 subscribers.

Kerjaya

Antara drama yang pernah dibintanginya adalah My Coffee Prince, Keluarga Pontimau dan Bimbi & Bonni Misi 007 serta terbaru Sweet Dreams.

Selain aktif sebagai berlakon, Sean Lee turut berbakat dalam bidang pengacaraan. I Can See Your Voice antara rancangan yang menampilkan dirinya disamping Shuk. Nama program lain yang diacarakannya adalah Travel Beat, Entinsiti dan Jom Dooit.

Foto terkini;

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mulai hari ini Sean nak jadi petani, supaya setiap saat saya boleh menanam cinta di hati awak ??? . Emceeing for #UFIRST_AQ2019 this weekend ? #seanlje

A post shared by SEAN LJE (@seanlje) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Wikipedia / mstar / seanlje via @HCL

Be the first to comment

Leave a Reply