Beratus kali ajak kahwin, ramai tak tahu rupanya Ardell yang merisik Nadzmi dulu

Daripada status kawan baik, kini pelakon Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah dan Nadzmi Adhwa telah pun sah bergelar pasangan suami dan isteri.

Menurut Ardell, sebenarnya sudah beberapa kali Nadzmi meluahkan hasrat untuk berkahwin dengannya, namun ketika dia menolak kerana masih menganggap pelakon kacak itu tidak lebih daripada seorang sahabat baik.

Lebih-lebih lagi dengan jarak usia tiga tahun, Ardell, 29, manakala Nadzmi ,26, membuatkan pelakon wanita itu merasakan hubungan bagaikan kakak dan adik.

Namun, segalanya mula berubah selepas Ardell sendiri membuat keputusan untuk merisik sahabatnya itu, dengan memberi senaskah kitab suci Al-Quran untuk dikhatamkan.

Malah, dengan Al-Quran yang berjaya dikhatamkan itu jugalah dijadikan hantaran buat Ardell berserta dengan mas kahwin bernilai RM300.

Apabila ditanya mengenai soal anak pula, Nadzmi menjawab bahawa mereka menerima sahaja jika diberikan rezeki awal untuk menimang cahaya mata

Difahamkan, majlis resepsi bakal diadakan dalam bulan Oktober atau November, memandangkan kedua-dua mereka masih lagi terikat dengan tugas.

Sumber : mStar Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply