”Kami Berdua Pernah Rasa Susahnya Hidup Dengan Duit..” Kahwin Bajet ‘H4ngus’ Hanya Seribu Tanpa ‘Sponsor’

Perkahwinan itu sesuatu yang mudah jika diikuti denagn perkara yang wajib. Namun, masyarakat Melayu yang berpegang teguh kepada adat resam terutamanya dalam tuntuan perkahwinan, kadang-kala menyukarkan pasangan muda untuk mendirikan rumah tangga.

Kos yang perlu ditanggung oleh setiap pasangan bukannya sedikit. Selalu yang menjadi isu, adalah nilai wang hantaran yang ditetapkan. Belum lagi termasuk hantaran barangan serta majlis yang gah untuk meraikan jemputan tetamu yang ramai.

Tiada salahnya jika anda berkemampuan. Namun jika tidak, ikutlah kemampuan sendiri seperti yang dikongsikan oleh wanita ini seperti di bawah. Pasangan ini kedua-duanya berkelulusan tinggi dan bekerjaya, namun memilih majlis yang biasa dengan hanya menelan belanja sebanyak seribu ringgit sahaja.

Bagi mereka, apa yang penting adalah kehidupan selepas berumah tangga hingga kini mereka telah pun dikurniakan seoarang anak yang comel. ‘Respect’ dari kami untuk anda berdua. Semoga bermanfaat buat semua!

Tiada pelamin. Tiada jurugambar professional. Tiada photoshoot. Tiada kompang. Tiada orang bersilat. Tiada acara sambut pengantin. Tiada dj radio.

Tiada makan beradab. Tiada acara potong kek. Tiada gadis-gadis dulang hantaran. Tiada bridesmaid. Tiada kasut pengantin (yang ni lawak). Tiada crown. Tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak. Tiada honeymoon.Tiada ibu ayah disisi saya.

Yang ada hanyalah adik – adik seramai 7 orang. Yang ada hanyalah sahabat sahabat sekalian. Yang ada hanyalah jiran tetangga. Yang ada hanyalah guru – guruku. Yang ada hanyalah ibu saudaraku. Yang ada hanyalah sebelah pihak lelaki.

Wang Hantaran Rm500.00. Mas kahwin sebentuk cincin emas. Kenduri doa selamat sahaja (Alhamdulillah sepenuhnya jiran sebelah rumah aku banyak bantu dah macam ibu abah sendiri dah , sahabat, cikgu cikgu banyak tolong sebab saya tiada orang tua yang organize perkahwinan saya)

Total perkahwinan kami : bawah RM1k

Sebelum tu , rata rata orang cakap nilai wang hantaran kena sekufu dengan tahap pendidikan seseorang, bagi aku depend lah ikut tahap kemampuan seseorang , agama memudahkan, yang menyusahkan adat (adat tak susah, tapi sikap sesetengah pihak yang menyusahkan). Alhamdulillah, untuk urusan aku sangatlah dipermudahkan.

Suami aku Degree holder untuk HBP, USM. Aku Degree holder untuk Communication, USM, untuk dibanggakan lagi Dean list, kerja suamiku supervisor, aku kerja kat site.

Terpaksa bagitau tahap pendidikan sebab banyak yang lihat sudut ni dengan nilai wang hantaran.

To be honest, ada yang tanya kenapa banyak tu sahaja nilai? Kahwinkan sekali seumur hidup, kenapa tak buat grand grand? Kenapa and mengapa? Pelbagai soalan demi soalan dilemparkan. Hahahahah.

Jawapan aku : sebab pertama aku menerima suamiku lillahitaala. Seorang lelaki yang memilih aku untuk jadi suri hatinya dan menerima segala kekurangan aku untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam hidupnya.

Sebab kedua, zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit, deposit rumah dekat Penang ni bukan seratus dua ratus ye, ribu tau ribu walaupun rumah kosong… 

Sebab ketiga, kami berdua pernah rasa susahnya hidup dengan duit ni daripada pergi kelas jalan kaki, ligan bas, ada motor, habis belajar kami bantu antara satu sama lain p interview sama-sama, cari kerja semua, sampai mampu ada kereta sendiri, ada duit sendiri untuk bina hidup…

Sebab keempat, suami aku suka ikut aku pergi bagi makan kat gelandangan di komtar, aku suka beramah mesra dengan orang.

Sebab kelima, satu satunya lelaki yang pernah ikut aku ke rumah anak yatim tempat adik-adik aku duduk, dia lihat sendiri, dia rasa sendiri apa aku rasa disitu.

Dan sebab terakhir, tiada sebab untuk aku menyayangi dan mencintainya hanyalah kerana dia khalifah milik Allah. Seorang Lelaki yang boleh menerima seorang wanita yang datangnya daripada broken family, menjaga adik-adiknya yang ramai. Hanyalah dia suamiku yang menerima aku seadanya.. Banyak berkorban untuk aku dan adik adik aku.

Nota kaki : Aku tak kisah kalau orang lain kawin macam mana sekalipun, majlis yang besar, hantaran yang tinggi and all that, but for me, please respect setiap cara orang untuk manage hidupnya sendiri, jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal sampai kita selalu pandang rendah kepada orang yang biasa biasa , marhean ni. For sake RESPECT.

Masa raya ketiga makcik aku yang jaga aku sponsor majlis sikit, yang tu rezeki tak terduga. Yang tu memang rezeki anak masa tu. Yang tu merasa naik pelamin sat tapi pakai baju raya, takdak crown takdak rupa pengantin.

SAYA SAYANG KAMU LILLAHITAALA.

Ikhlas,

Bini kamu yang gebu dan comel.

Sumber : Pinggan Terbang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply