Rakyat mahu pikat dua anakanda puteri, ini respons sempoi Permaisuri Agong Tunku Azizah

Sebelum ini Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menjadi bualan hangat rakyat jelata gara-gara memiliki wajah kacak.

Terbaru, dua adindanya Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah pula meraih perhatian ramai.

Ini kerana kedua-dua puteri itu kelihatan sering menemani ayahanda dan ibunda mereka bagi menghadiri beberapa majlis rasmi.

Bukan itu sahaja, pasangan puteri itu juga aktif di laman sosial Twitter dengan memuat naik pelbagai posting serta berinteraksi dengan warganet.

Semalam, Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan tidak terkecuali bagi menyaksikan sambutan kemerdekaan di Dataran Putrajaya.

“Kalau tak boleh jadi boyfriend (teman lelaki), jadi bodyguard (pengawal peribadi) pun takpe la,” tulis seorang pengguna Twitter.

Gambar paparan skrin menunjukkan gelagat dua puteri itu bukan sahaja mendapat komen netizen, malah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah sendiri memberikan reaksi terhadap posting tersebut.

Setelah Tunku Azizah meninggalkan respons tersebut, rata-rata jejaka lain ingin turut serta memohon kerja sebagai pengawal peribadi dan mengusik mahu meminang dua puteri berkenaan.

Sumber : qmallnextdoor via celotehsaje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply