“Bukan senang nak tangkap kuda dgn nenek kebayan ni” – Aeril Zafrel

Pasaangan serasi Aeril dan Wawa sentiasa memberi gimik untuk peminatnya sama ada berkait dengan lakonan  drama terbaru ataupun berkait dengan perniagaan wawa c0smetic.  Sejak 3 hari lepas Wawa dan Aeril berkongsi beberapa video lagu hindustan bertemakan alam fantasi. Wawa sangat cantik mengenakan gaun putih sebagai princes Lisa manakala Aeril  tampan mengenakan kameja putih sebagai prince Yong Jong. Video tersebut menarik perhatian netizen, apa agaknya gimik yang Aeril dan Wawa ingin kejutkan kita?

Hari ini, Aeril memuat naik gambar ini di instagram miliknya dengan status ” Bukan senang nak tangkap kuda dengan nenek kebayan” Aeril

Aeril cakap wawa nenek kebayan? Caption ini menarik perhatian peminatnya, rata rata terkejut nenek kebayan secantik wawa. Manakala ini respon Wawa

” Hoi ” – Wawa

Agak agaknya Wawa terkejut atau marah di gelar nenek kebayan? netizen juga memberi komen positif dan menyatakan tiada nenek kebayan secantik Wawa.

Antara komen netizen,

Di akaun twitter, aeril zafrel berseloroh lagi dengan ayat ‘cantik lagi kuda dari tuannya’. Dengan caption tersebut dapat meraih sebanyak 1300 likes di twitter. Di instagram wawa zainal pula mereka post video dan menyuruh peminat meneka apa yang akan mereka keluarkan pada 9.9.2019 dan memberikan hadiah yang istimewa kepada yang meneka dengan betul.

Ramai peminat tidak sabar untuk mengetahui kemunculan produk terbaru dari wawacosmeticshq apabila aeril zafrel dan wawa zainal memberi ‘teaser’ bergambar dengan unicorn di instagram aeril_zafrel. Dengan berlatarbelakang kan seekor unicorn, ramai peminat yang meneka bahawa mereka akan mengeluarkan produk minyak wangi dan set makeup. Sambuutan yang menggalakkan dari peminat mereka.

Peminat nampak gayanya haruslah menunggu selama 5 hari untuk mereka memperkenalkan produk terbaru dari wawacosmeticshq. Dengan hastags #wawafantasydream dan #limitededition , kita sudah boleh agak produk ini sangatlah terhad dan sudah pastinya memberi gambaran yang menarik seolah olah kita berada di alam fantasi.

Sumber : IG dan twitter aeril zafriel, IG wawa_zainal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply