“Rasa jadi macam Detective Conan kejap..” – Netizen

Selepas drama ‘Kerana Dia Manusia Biasa’ di slot Samarinda, tv3 sekali lagi membuat mata penonton terpaku di depan kaca televisyen dengan drama bersiri baru misteri ‘Hilang yang Kembali’ arahan Amor Rizan yang dilakonkan oleh Aqasha, Imelda Rosemila, Azhar Rani, Elisya Sandha, Nafiz Muaz, Zamarul Hisyam, dan ramai lagi. Drama bersiri ini telah menangkap perhatian netizen dan penonton dirumah dek kerana jalan ceritanya yang penuh misteri hingga membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya.

Selepas 9 episod berlalu, episod yang terbaru membuat penonton tertanya-tanya siapakah sebenarnya Danial yang pulang ke pangkuan keluarganya selepas 10 tahun menghilang. Sepupu Danial dan Danish, Alisa,  telah mencadangkan kepada Danish untuk membuat ujian DNA secara sembunyi tanpa pengetahuan ibunya, Farra lakonan Imelda Rosemila, supaya ibunya tidak kembali mengalami masalah mental seperti sebelum ini. Akan tetapi, ketika Danish dan ayahnya, Razif, telah berjaya memperolehi sikat Danial yang mempunyai helaian rambut Danial, tiba-tiba muncul Danial dibelakang mereka dan bertanya, “cari apa?”.

Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa tidak sabar dan tertanya-tanya apakah kesudahan cerita drama bersiri ini. Ada juga yang memuji drama ini dengan memberi skala hebat 10/10!

Drama ini juga mendapat pelbagai spekulasi dek kerana jalan ceritanya yang penuh tanda tanya sehingga ada netizen yang marah dan tertekan kerana ingin mengetahui apa kaitan antara Razif dan Berahim. Ada juga yang membuat andaian bahawa Danial itu adalah Randi.

Persoalan sekarang, apakah berjaya Danish dan ayahnya membuat ujian DNA itu tanpa pengetahuan ibunya dan Danial? Apakah andaian netizen tentang ‘Danial adalah bukan Danial yang sebenar’ adalah benar? Saksikan episod 11 esok pada pkul 10 malam dalam slot Samarinda tv3.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: citeohsem

Be the first to comment

Leave a Reply