Bersorak Hingga Mengalir Air Mata, Gelagat Anak Nadiya Nisaa Tonton Perlawanan Bola Buat Ramai Terhibur

Di sebalik k0ntroversi melanda perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 semalam, pastinya kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia antara momen paling berharga buat kita sebagai rakyat.

Antara menarik perhatian adalah gelagat anak lelaki kepada pelakon Nadiya Nisaa, Omar Saiful Razman.

Menerusi Instagram (IG) Story , Nadiya memuat naik video yang memaparkan gelagat Omar menonton perlawanan berkenaan.

Dengan penuh semangat, Omar kelihatan tidak senang duduk ketika menyaksikan peratarungan antara skuad Harimau Malaya menentang Garuda.

“Lima minit terakhir telah menggangu perasaan ibu yang ada anak macam ini,” katanya pada IG story berkenaan.

Tidak terhenti di situ, Nadiya turut berkongsi rakaman Omar yang mengalirkan air mata selepas Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia.

“Ultras Malaya, macam inilah perasaan kegembiraan itu ya,” katanya.

Terdahulu Malaysia meraih tiga mata selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bung Karno, Jakarta.

Walaubagaimanapun, perlawanan berkenaan dic3mari dengan inslden maIang apabila penyokong Indonesia mula meny3rang tempat duduk penyokong Malaysia.

Selain balingan botol daripada penyokong tuan rumah, penyokong Garuda turut melempar su@r.

Lebih tervk lagi, skuad bola sepak negara terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis Barr@cuda milik pihak berkuasa Indonesia keluar dari stadium bagi memastikan keselamatan mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply