Reaction Muka Tu Pun Sebijik Macam Drama Korea, Gelagat Pemuda Ini ‘Ajuk’ Drama Korea Buat Ramai Terhibur

Apabila tiba hari Jumaat, seluruh umat Islam yang terdiri daripada lelaki akan berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari Jumaat. Tapi kadang-kadang itu, ada juga yang mengelat..

Tapi buat sekumpulan pelajar daripada UiTM Lendu, nampaknya jangan haraplah mereka nak mengelat tak pergi solat Jumaat, sebab salah seorang rakan mereka akan bertukar jadi ‘oppa Korea’ garang bila suruh pergi solat.

Buktinya, baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik salah seorang daripada kumpulan pelajar tersebut, menerusi Twitter dengan nama akaun Imam Muda.

Video itu memaparkan, salah seorang rakannya yang mamakai baju Melayu biru itu telah menyuruh mereka pergi solat Jumaat, tapi yang lucunya, rakannya itu berlagak cakap ‘ala-ala’ orang Korea dengan mimik muka sekali.

 

Disebabkan aksi ‘acah’ Korea itu, tweet tersebut telah menjadi tular dengan mendapat 65 ribu retweet dan 59 ribu tanda suka, ia semua disebabkan netizen berasa cukup geli hati melihat gelagatnya. Malah setakat ini video ini sudah mencecah 1.3 juta tontonan!

Ini adalah antara respon netizen terhadap video tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Imam Muda via RosMerah

Be the first to comment

Leave a Reply