Selain Tengku Fahd, 5 Putera Diraja Ini Antara Paling Tampan Di Malaysia!

Sejurus selepas Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selamat dimasyurkan sebagai Sultan Pahang yang baharu, adinda Tuanku Sultan, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah turut mencuri tumpuan. Segalanya kerana Tengku Fahd yang mempunyai iras wajah yang cukup kacak sehingga dipuji kebanyakan netizen di laman sosial.

5 Putera Diraja Yang Paling Kacak Di Malaysia

Selain Tengku Fahd, sebenarnya ramai lagi kerabat diraja Malaysia yang kacak-kacak belaka! Untuk itu, kami rangkumkan senarai 5 terkacak dari pengamatan kami.

1Tengku Hassanal

Yang Mulia Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah, 23 merupakan putera sulung kepada Sultan dan Sultanah Pahang. Keperibadian baginda yang sering kali mencemar duli melawat aktiviti kemasyarakatan seperti bondanya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah begitu disenangi rakyat jelata. Ketika ini hangat diperkatakan bahawa Tengku Hassanal besar kemungkinan akan menjadi Tengku Mahkota Pahang mengikut tradisi diraja Pahang.

2Tengku Muhammad Shah

Gelagat Tengku Muhammad Shah di laman Instagram nya melambangkan adinda kepada Tengku Hassanal ini merupakan seorang yang cukup ceria dan aktif bersukan!

Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Muhammad ini dilahirkan pada 3 Ogos 1997 merupakan putera kedua Sultan dan Sultanah Pahang.

3Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali sebagai Tengku Panglima Johor sering kali digambarkan sebagai the Eligible Bachelor!

Putera raja ini sentiasa menjadi ikutan rakyat mengenai keperibadiannya dan turut aktif dalam pelbagai bidang sukan termasuk sukan polo.

4Raja Azlan Muzaffar Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah yang dikurniakan pangkat gelaran Raja Kechil Besar merupakan pewaris ketiga negeri Perak Darul Ridzuan.

Anakanda sulung kepada Sultan dan Raja Permaisuri Perak ini tular suatu ketika dahulu kerana mempunyai iras wajah yang cukup comel dan kacak saling tidak tumpah seperti baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Raja Azlan yang diputerakan pada 14 Mac 2008 kini berusia 11 tahun.

5Tengku Amir Nasser

Tidak dinafikan keluarga besar kesultanan Pahang sememangnya segak-segak belaka! Ini termasuklah putera angkat Sultan dan Sultanah Pahang yang diambil baginda berdua sebelum dikurniakan anakanda kandung,Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Ibrahim.

Wajahnya yang cukup kacak pernah menjadi sebutan ramai di media sosial namun begitu baginda sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang putera yang cukup comel!

Sumber: Hangat via klmenjerit

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply