Jadi Pelakon Utama, Bella Astillah Gementar Nantikan Respon Peminat

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil sebagai teraju utama dalam drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh.

Mula disiarkan bermula malam ini, Bella akui dia gementar menantikan reaksi peminat.

“Sebelum ini, saya memang pernah berlakon tetapi hanya membawa watak pembantu sahaja. Menerusi drama bersiri ini, saya menjadi gandingan utama bersama pelakon Nafiz Muaz.

“Gementar memang ada dalam hati, tetapi saya mahu mencuba merebut peluang ini dan mahu melaksanakan ia.

“Saya anggap tawaran yang datang sebagai rezeki untuk anak dan keluarga. Saya juga gemuruh menunggu penerimaan peminat yang bakal menyaksikan drama bersiri ini,” kata Bella.

Bekerjasama dengan Nafiz, Bella mengakui senang untuk mendapatkan keserasian dengan pelakon muda itu.

“Nafiz berumur 21 tahun manakala saya pula 25 tahun… Biarpun jarak usia kami berbeza, senang untuk saya dapatkan keserasian dengan Nafiz.

“Dia seorang yang profesional di set penggambaran dan saya juga banyak belajar dari pengarah serta pelakon lain yang banyak membantu,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirrahmannirrahim. New journey. New faces. CikBam harap korang beri peluang wajah wajah baru untuk bertapak di Megadrama lepas ini. Mulai 9 September 2019 Setiap Isnin-Khamis 10 Malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Adaptasi karya @rehalnuharis Arahan @khanmancung Dibarisi oleh @bellaastillah @nafizmuaz @fendybakry @hunhaqeem @dayangareeda @syuhaida.abraz @faeleafy @radin_era @sissyimann @lizza_abdullah @haleedamazlin #cintabelumtamattempoh #comingsoon #MEGADRAMA

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh merupakan adaptasi dari novel judul sama tulisan Rehal Nuharis.

Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini bersiaran selama 16 episod bermula 9 September.

Selain Bella dan Nafiz, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Syuhaida Abraz, Radin ERA dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #CintaBelumTamatTempoh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply