Lama Menyepi, Netizen Puji Dua Puteri Arni Nazira Secantik Diri Pelantun Lagu Cinta Antara Benua

Rasanya  masih terngiang-ngiang di telinga lagu Cinta Antara Benua dendangan penyanyi Arni Nazira. Terus terbayang kelembutan wajah penyanyi ini yang pernah mencipta nama seketika dalam bidang seni. Biarpun sudah meninggalkan bidang seni, namun peminat masih tetap mengikuti perkembangan beliau yang semakin ayu sejak berhijab. Bukan sahaja dia yang menjadi tumpuan, tetapi juga dua anak gadis hasil perkahwinan terdahulu.

Jika dilihat melalui instagram Arni sendiri, walaupun tidak banyak muat turut foto bersama dua anak gadisnya itu, tetapi dapat dilihat perkembangan diri mereka yang semakin cantik apabila mengenakan hijab.

Selain itu, Arni juga turut mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan kali keduanya. Biarpun tidak aktif tetapi ada kalanya terlihat juga kelibatnya menghadiri beberapa majlis membabitkan rakan artis lain.

Malah foto yang dimuat turun ketika Syawal lalu turut mengundang pujian daripada netizen. Masing-masing bertanya apakah itu anak-anaknya dan Arni menjawab memang kedua-duanya adalah anak beliau.

Ternyata kedua-dua anak gadisnya itu, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha sudah semakin meningkat dewasa dan cantik seperti ibunya.

sitirafeahnoor Cantiknya sis arni nazira.. Suka Sgt tgk.

yyusnita3 X pnh x cantik @arninazira

rosiejmalang ttp cantik @arninazira… anak2 pun cantik2

_kaklongshop Arni,masih mcm dulu,tu ank dara awak ke tu,cantik.mcm mak dia juga

mahadzirbinsaparw Comelnyee anak anak akak

Video lagu Cinta Antara Benua :

 

Sumber: Instagram Arninazira via Hijabista/mediaohsem

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply