Muat Naik Foto Bertudung, Fizo Omar Disamakan Mirip Bekas Isteri, Mawar Karim

Pelakon Fizo Omar mencuuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto dia menyarung sehelai tudung di Instagram hari ini.

Menerusi foto terbabit, Fizo berseloroh menyatakan bahawa wajahnya mirip seorang gadis seperti yang diletakkan dalam entri sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramai orang kata muka abe joe sama ngan muka awek sebelah tu. (Swipe left) . Betul ke Jodoh kalau muka sama?

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Ramai orang kata muka saya sama dengan muka awek sebelah. Betul ke jodoh kalau muka sama?” tulis Fizo.

Bagaimanapun, lebih mencuri tumpuan apabila kebanyakan netizen menyamakan wajah Fizo mirip bekas isterinya, Mawar Abdul Karim.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baru 3 hari raya pipi macam kuih pau gebu gebas dah ?? – – (Wearing Selendang Sara @fareedagroup ) . . ( Make up @applehalique )

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

“Macam muka Mawar sebelah tu. Insya-Allah semoga Fizo dan Mawar berjodoh lagi,” tulis salah seorang pengguna.

“Betul. Lama dah perasan muka dia sama macam Mawar,” tambah pengguna lain.

“Teringat tudung Mawar ke bro?” sahut pengguna lain pula berseloroh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throw back gambar masa kecik! . Xpe xcaye sudah

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Jodoh Fizo dan Mawar putus di tengah jalan apabila pasangan itu bercer4i talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Fizo bakal menjadi peserta episod kedua All Stars Buka Panggung yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Selain Fizo, episod kedua All Stars Buka Panggung akan di Farahdhiya, Datuk Rosyam Nor dan Datin Diana Danielle.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

OK settle! Semua dah kahwin. . Tok ma tggu cucu je skang. The last out of 4 .congrats to @nini.adila n @khairul_riduan welcome to the family.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

All Stars Buka Panggung merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

All Stars Buka Panggung akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.

Sumber  : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply