
Malam tadi tular di media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak lagi aktif. Perkara ini menjadi heboh kerana seperti yang diketahui, Baginda dan Puteri-Puterinya sering mengulang kicau dan memberikan tentang apa yang dimuatnaik oleh warga net.
Ini tentunya membuatkan ramai dikalangan masayarakat menjadi teruja dan senang dengan gelagat keluarga Diraja ini.
Justeru ramai di kalangan netizen yang berteka-teki tentang perkara ini. Malah pagi ini tanda palang #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong trending di laman twitter.
Rata-rata warga twitter menzahirkan perasaan sedih dan rindu akan caption serta gelagat mencuit hati yang sering baginda tampilkan.
Aku sedih kernapa Tunku Azizah deactive twitter
Kami akan rindukan Tunku Azizah
Mak aku buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong
Permaisuri Agong selalu kongsikan kebahagiaan, perkara positif dan doakan kita rakyat jelata
Rindukan Permaisuri kami, tolonglah ‘kembalikan’ Baginda semula
Kami berharap segalanya akan okay dan Tuanku akan kembali bersama kami di twitter semula
Kembalikan semula Permaisuri kami, dia bukan hanya permaisuri tetapi ‘ibu’ kepada kita semua
Sungguh ramai di kalangan rakyat yang terkesan dengan sifat mulia Baginda sehingga mereka terasa begitu dekat dengan keluarga Diraja ini.
Sumber: Twitter via Siakapkeli
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply