
Lambakan masalah sampah di serata dunia menjadi satu masalah yang cukup membimbangkan. Masalah ini menyebabkan seluruh penduduk bumi terkesan dengan perubahan cuaca mendadak dan tidak menentu.
Namun bagi sebuah kampung terpencil di Filipina mereka ada inisiatif unik bagi membantu mengurangkan masalah sampah plastik merata-rata.
Caranya adalah dengan penduduk menukarkan setiap 2 kilogram sisa plastik untuk dikitar semula atau dilupuskan dan mereka akan menerima 1 kilogram beras.

Berdasarkan kajian, Filipina adalah antara negara penyumbang utama pencemaran plastik marin. Ditambah pula dengan undang-undang sedia ada gagal mengawal pembuangan sisa pepejal ini.

Seorang penduduk kampung ini, Veronica Dolorico berkata program ini banyak membantu dirinya dan keluarga. Dia sendiri berjaya mengumpul 14 kilogram sampah untuk ditukarkan dengan 7 kilogram beras.
Menurut ketua kampung ini, Andor San Pedro, program ini dapat membantu mendidik penduduk cara untuk melupuskan atau mengitar semula sampah pepejal mereka. Pada Ogos lalu, penduduk di kampung itu berjaya mengumpul lebih 213 kilogram bungkusan dan plastik.

Satu inisiatif yang bijak! Dengan cara ini pasti kawasan sekitar akan lebih bersih. Harapnya adalah usaha begini dijalankan di Malaysia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: DW.com
Leave a Reply