Foto Indah Sekitar majlis Aqiqah Anak Juliana Evans Tengku Kamiliah Zanariah Josephine

Aktres jelita, Che Puan Juliana Evans akui berasa sebak apabila mengenangkan golongan ibu yang kurang bernasib baik ketika membesarkan anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

With my Bambam ? ?#babyMily #7weeks

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Menurut Juliana, perasaan itu semakin kuat muncul dalam dirinya selepas dia melahirkan anak pertamanya, Tengku Kamiliah Shariffuddin pada Julai lalu.

“Sejak melahirkan anak, saya selalu rasa sebak apabila memikirkan nasib golongan ibu yang kurang bernasib baik dalam membesarkan anak-anak.

“Ada yang membesarkan anak berseorangan, ada yang terpaksa menghadapi kemiskinan, ada juga yang harus bekerja jauh dan meninggalkan anak,” katanya.

Juliana berkata demikian di majlis cukur jambul dan berendoi Tengku Kamiliah bertempat di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 months old Tengku Kamiliah’s ‘Cukur Jambul and Aqiqah’ Tradition Ceremony Video @ambedofilm Deco @fahrenheit69

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Dalam pada itu, Juliana turut merasakan setiap ibu di dunia ini sangat kuat mengharungi kehidupan.

“Saya tahu wanita sememangnya kuat, tapi sejak bergelar ibu, saya lebih memahami dan merasakan setiap ibu di dunia ini sangat kuat dalam mengharungi kehidupan,” tambahnya.

Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Tengku Kamiliah Zanariah binti Tengku Shariffuddin Shah ?

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Dalam industri hiburan, pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans ini mulai aktif pada tahun 2001 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply