“Orang mungkin hanya boleh melihat saya di televisyen dan majlis yang berbayar sahaja,”- Che Ta Perjelas lsu Hadir Majlis Berbayar

Biarpun sering berkongsi perkembangan terkini di laman Instagram, kata pelakon Rozita Che Wan, dia cukup menjaga penampilan dan menegaskan hanya akan muncul di majlis berbayar sahaja.

Tegasnya cukup penting bagi menjaga eksklusiviti sebagai seorang selebriti dan atas sebab itu jelasnya, dia tidak akan muncul di khalayak umum walau untuk membeli belah.

“Orang mungkin hanya boleh melihat saya di Instagram, televisyen dan majlis yang berbayar sahaja. Mereka sukar melihat kelibat saya secara nyata.

“Saya tidak suka menghabiskan masa dengan melepak atau berjalan di pusat membeli belah walau di Pavilion. Maksudnya wajah saya tidak bersepah di merata tempat.

“Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah atau pejabat. Jika ada kelapangan, kami akan ke luar negara,” jelasnya kepada MH ketika ditemui sempena uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.

Dalam pada itu, pelakon Pujaan Hati Kanda ini turut menafikan d4kwaan dia memewahkan Aaisyah Dhia Rana. Jelasnya sebagai ibu, dia hanya memenuhi kehendak anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Outfit of the day ? @zara vs @gingersnapsmy @aaisyahdhiarana111 . . SHAWL RUFFLE LETUPPPPP @rcwscarves @rcwscarves . . ? HERA HOT PURPLE . #zapatosxrozitachewan . 0194477451 yusri . . @zapatosbyzainsaidin

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Tiada istilah memewahkan. Sebagai seorang ibu, saya hanya cuba memenuhi permintaannya.

“Namun jika tidak mampu, saya tidak akan memberikannya. Orang yang bermulut j4hat sahaja cuba membangkitkan fitn4h,” katanya sambil ketawa.

Ibu kepada tiga anak ini turut berkongsi hadiah paling mahal pernah diberikan kepada si bongsu adalah seutas rantai berlian.

Namun harganya saya rahsiakan, jika tidak netizen menuuduh saya ri4k pula,” katanya yang bakal muncul dalam Suri Katrina arahan Pali Yahya di samping Nazim Othman, Ummi Nazeera dan Ernie Zakri.

Sumber : Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply