[Video] Isteri Mengidam Nak Bawa Grab, Bukan Main Happy Lagi Dia!

Sebilangan wanita yang sedang hamil akan mempunyai keinginan terhadap sesuatu perkara yang pelik sama ada dari segi makanan, benda ataupun mahu melakukan perkara yang kadang-kala tidak masuk dek akal. Apabila berlaku situasi seperti ini, si suami pastinya akan cuba memenuhi keinginan isteri mereka dengan sebaik mungkin.

Perkongsian yang dibuat pengguna Twitter @haikalmazlan ini mungkin boleh dianggap sebagai lucu dan pelik apabila isterinya mengidam untuk melakukan perkara yang sungguh diluar jangkaan.

Mengidam nak bawa Grab

 

Menurut lelaki yang bernama Haikal ini, isterinya yang sedang hamil itu mengidam untuk membuat perkhidmatan Grab Food berbanding meminta makanan seperti wanita hamil lain.

Bagaimanapun bagi memenuhi keinginan insan kesayangannya itu, Haikal mengizinkan isterinya untuk melakukan perkara tersebut sambil mengekorinya rapat dari belakang.

Menerusi ruangan komen, Haikal mengakui turut berasa risau ketika melihat isterinya membawa Grab Food.

Bahkan dia juga turut berharap agar isterinya tidak mengidam untuk melakukan perkara yang sama selepas ini.

Perkongsian Haikal itu mendapat perhatian netizen dan telah memperoleh lebih dari 18k rt.

Rata-rata netizen kemudiannya turut berkongsikan pengalaman mereka tentang perkara itu, malah tidak kurang juga ada yang memberikan komen lucu di atas perkara tersebut.

Sumber: Twitter haikalmazlan via Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply