Lepas Rindu Terhadap Lakonan, Juhara Ayob Kembali Meriahkan Pentas Teater

Pelakon Juhara Ayob yang sudah lama tidak muncul dalam pentas lakonan kembali melepaskan rindu sebagai pelakon menerusi persembahan teater Main Makyung Raja Gondang.

Menurut Juhara, kekangan masa antara punca dia tidak lagi aktif dalam bidang lakonan selain tugasnya sebagai pensyarah sejak 2007 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Saya akui ada yang bertanya lama menghilang, saya ada tugas hakiki sebagai pensyarah jadi masa terhad. Kalau turun set penggambaran pasti makan masa.

“Tipu kalau kata tidak rindu. Jadi bila ada kesempatan seperti ini saya ambil peluang kembali ke pentas lakonan,” katanya.

Dalam pada itu, Juhara tidak menolak untuk muncul semula dalam produksi drama jika kena dengan masa dan jadual hariannya, namun pelbagai faktor perlu diambil kira.

“Syukur sebab ramai juga yang masih kenal dan tegur di luar sana. Bagi saya yang pasti mengajar juga memberikan kepuasan iaitu dapat berkongsi pengalaman dengan pelajar,” katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin menerusi drama Cinta Si Penggali Kubur.

Bercerita mengenai teater terbabit berkata, persembahan itu adalah anjuran Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) dan menariknya, persembahan ini membabitkan tenaga pengajar, warga kerja, graduan dan pelajar ASWARA sebagai pelakon, penari, pemuzik dan juga pengurusan produksi.

“Persembahan ini juga diangkat sebagai aktiviti di bawah sambutan ulangtahun ke 25 ASWARA. Saya juga sebagai penerbi teater ini yang diarahkan oleh Che Kem yang pensyarah di Aswara serta membabitkan pelakon termasuk Along Eyzendy,” katanya.

Makyung Raja Gondang bertemakan  dend4m seorang anak raja iaitu Raja Gondang terhadap ayahnya Raja Besar. Disebabkan permaisuri Raja Besar iaitu ibu Raja Gondang  (Tuan Puteri Gak Jetera) melahirkan anak sebiji Gondang, maka Tuan Puteri Gak Jetera telah dipvkul palu dan dihalau dari istana. 

Apabila cukup masa Gondang menetas, maka keluarlah anak yang diberi nama Raja Gondang. Raja Gondang telah mengetahui hal yang sebenar mengenai nasib yang menimpa dirinya dan ibunya Tuan Puteri Gerak Petera sehingga dihalau keluar dari istana. Raja Gondang ingin membalas dend4m dan mencari jalan untuk berjumpa dengan Raja Besar di Istana. 

Raja Gondang sengaja membuat aniaya dengan meny3ksa pekerja Istana Raja Besar iaitu Wak Juara Pemikat supaya dia ditangkap dan dapat bertemu Raja Besar.

Persembahan Makyung Raja Gondang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA bermula pada 23 dan 24 Ogos jam 8.30 malam.

Manakala persembahan pada 25 Ogos pula ialah pada jam 3 petang dengan tiket berharga RM20 bagi dewasa serta RM10 bagi pelajar.

Sumber : Wikidepia

Be the first to comment

Leave a Reply