“Angah Last Ok!! Bagi Adik Lepas Dulu,” Mak ‘Berat’ Lepaskan Mira Filzah Kahwin

Nampaknya, tak dapatlah tengok majlis perkahwinan Mira Filzah dalam masa terdekat. Dan jejaka-jejaka yang tengah simpan hasrat hendak memperisterikan selebriti popular ini… disaran menangguhkan dulu impian tersebut sebab ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan belum sedia beri green light dekat anak keduanya ini. Minta bersabar ya, bak kata orang lama ‘kalau dah jodoh tak ke mana’!

Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.

“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school… nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.

Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”

Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”

Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh.

Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”

Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”

Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa nanti pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: vanillakini

Be the first to comment

Leave a Reply