Bayi Pra-M4tang Abby Abadi Akhirnya Menjadi Anak Sah Kepada Memey Suhaiza. Ini Sebabnya..

Dua hari lalu, pelakon Abby Abadi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang yang digelar sebagai Baby D seberat 540 gram.

Dilahirkan pada usia kandungan mencecah 24 minggu, zuriat hasil perkahwinan Abby bersama suami yang dikenali sebagai Faizal Zakaria pastinya memerlukan penjagaan rapi, termasuk keperluan susu ibu secukupnya.

Lalu, Memey Suhaiza cuba meringankan beban Abby dengan mengambil tanggungjawab bersama-sama membekalkan susu badannya buat Baby D.

Perkongsian tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi satu video pendek di Instagram, baru-baru ini.

“You are the reason #BabyD. We love u so much. Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany.

“Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye.

Memey Suhiaza Menjadi Ibu Susuan Baby D

“Tadi dtg ziarah mama, sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu.

“Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD,” tulisnya.

Lalu, video yang turut merakamkan aksi Memey yang membantu Abby nyata menyentuh hati ramai, malah rata-ratanya turut memuji keakraban serta hubungan silaturrahim yang terjalin di antara keduanya.

Terdahulu Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 41, dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas menghadapi masalah tekanan darah tinggi.

Bintang Gerak Khas itu mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mohon Sahabat sy yg dikasihi kat sini Sama2 doakan kakak sy ye ❤️?? . . Posted @withrepost • @normanhakim_786 Mummy bgtau baru dpt msg@call dari Abah @jaiezzany ,bgtau yg Mama @abby_abadi112 turun darah.Kemungkinan besar kena operate untuk selamatkan nyawa dua2 . . ALLAHU..saya terpaksa share sbb saya nak merayu kepada semua mohon doakan keselamatan kedua2nya,mama & baby dalam kandungan??? . . “Ya Allah,Kau permudahkanlah segala urusan & kesembuhan buat Arbaieyah Binti Abdul Manan & zuriat didalam kandungannya Ya Allah,Kau ampunkanlah segala dosa2nya,Kau pertimbangankanlah segala kebaikannya,kami memohon agar dipermudahkan segalanya buat insan sebaik beliau,kami memohon & merayu kepadaMu Ya Allah,tolong Ya Allah???Aamiin Ya Rabb”

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Foto: Instagram Memey Suhaiza

Sumber : MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply