“Inilah Suami Mummy Dari Dulu Sampai Sekarang” – Dian P.Ramlee

Figura bintang senior, Dian P.Ramlee sering kali dilihat menerusi drama-drama tempatan sejak sekian lama. Bagaimanapun tidak dinafikan, bintang yang satu ini jarang sekali berkongsi sisi peribadi, apatah lagi bercerita mengenai kisahnya sekelurga.

Bagaimanapun, tidak lama dulu menerusi Instagram, Dian ada berkongsi foto lama eksklusif yang dirakamkan bersama suami, Md Amanti Ahmad.

Dian P. Ramlee atau nama sebenarnya, Safarina Mum tampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 38 tahun lalu.

“Ni la suami mummy … dr dulu smpai la skrg the only 1.. masih lg bersama .. kami berkenalan umur mummy 19 thn … umur mummy 20 thn kami bertunang … mummy menikah 23 thn pd 28hb sept 1981 alhamdullillah hingga la hari ini.

“Mummy seorg yg conservative xsuka dgn gossip n publicity.. dlm mcm tu pun org bercrite konon nya mummy ni kahwin 2 kali ataupun j4nda skrg ni pdhal mummy masih lg bersama suami.. nnt raya mummy akn upload gambar terbaru family,” tulisnya.

Sejak itu, Dian dilihat lebih kerap untuk berkongsi fotonya bersama suami dan anak-anak menerusi media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum … Happy Monday .. mummy n @_aarianti ??

A post shared by Dian PRamlee? (@dianpramlee) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday is family day… Happy Sunday to all???

A post shared by Dian PRamlee? (@dianpramlee) on

Sementara itu memetik Berita Harian, bintang ini tidak menafikan ada yang membayangkan dirinya j4nda kerana tidak berkongsi foto bersama famili.

“Suami saya dari dulu sampai sekarang cuma seorang dan kami masih bersama. Kami berkenalan ketika usia saya 19 tahun dan setahun selepas itu, kami bertunang.

“Kami bernikah ketika saya berusia 23 tahun dan Alhamdulillah, rumah tangga kami bertahan hingga hari ini. Dalam hal peribadi, saya agak konservatif dan tidak suka gosip serta publisiti.

“Tetapi, masih ada yang buat cerita kononnya saya pernah dua kali kahwin, selain dikatakan j4nda apabila tidak berkongsi gambar bersama keluarga,” katanya seperti yang dipetik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Koleksi gambar2 favourite mummy ❤❤❤

A post shared by Dian PRamlee? (@dianpramlee) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raya bersama keluarga … keluarga mummy ni ramai perempuan .. anak buah mummy 4org yg masih single… tgk jeee boleeee ??

A post shared by Dian PRamlee? (@dianpramlee) on

Hampir 38 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, 36, Siti Arianti, 31, dan Siti Adianti, 24.

Dian P. Ramlee memulakan karier seninya pada era 70-an dan turut membintangi beberapa buah filem hits, antaranya Kisah Seorang Biduan.

Sumber: Instagram Dian P.Ramlee via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply