“Muka Tak Ready Pun Cantik” – Foto ‘Tak Jadi’ Lisa Surihani Dapat Pujian Netizen

Pelakon dan pengacara Lisa Surihani meraih perhatian netizen apabila memuat naik foto kandid menutup mata. Menerusi laman sosial Instagram, Lisa berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.

“Make-up done by @ramzamode, thank you awak! Swipe till the end. Gambar last tu paling best. #makcuba,” tulis Lisa sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Makeup done by @ramzamode , thank you awak!! Swipe til the end. Gmbar last tu paling best. #makcuba

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on

Lisa tampil berseri ketika menjadi tetamu istimewa pembukaan butik terbaru jenama dUck di One Utama, Petaling Jaya.

Mengenakan hijab satin bewarna kelabu dan dipadankan dengan blaus kimono berwarha hijau lumut, Lisa tampak jelita dengan imej bertudung.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur melihat aksi ‘tak jadi’ Lisa.

Malah, ramai rakan selebriti yang memuji kecantikan wajah elegan Lisa yang ditatarias sempurna.

“Framing the last picture,” ujar Datin Vivy Yusof pada foto kandid Lisa.

“I suka jugak gambar last tu,” komen pelakon Nadiya Nisaa.

“Masya-Allah such a beauty,” puji pelakon Tiz Zaqyah.

“Still beautiful walaupun,” kata pengacara Daphne Iking.

Pada Jun lalu, Lisa Surihani mengejutkan peminat dengan penampilan bertudung setelah pulang dari mengerjakan umrah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply