“Akak perasan orang belakang Erin tak ada kepala” – Bahu wanita ini terus ‘berat’, chat tentang Boomerang misteri ter‘delete’ sendiri

“TERKEJUT dan berdiri bulu roma saya.”

Demikian kata seorang gadis apabila dimaklumkan mengenai kelibat menyerupai wanita tanpa kepala dalam video Boomerang yang dirakamnya sewaktu berada di sebuah hotel pada 1 Oktober lalu.

Wanita tersebut, Shafrina Zibidin atau dikenali sebagai Erin mengakui dia tidak menyedari kehadiran entiti tanpa kepala itu sehinggalah dimaklumkan mengenai perkara itu empat hari kemudian. 

“Sejujurnya saya memang tak perasan benda tu. Tapi masa buat Boomerang tu adalah kawan tegur ‘ada orang (waitress) pula belakang tu’. Kemudian saya selamba jawab ‘tak pelah’.

“Saya tahu pun daripada seorang kakak yang call tanya pasal bisnes. Tengah sembang tu dia tanya saya ada event apa dan di mana masa buat Boomerang tu. 

Gambar negatif  (kiri) turut menunjukkan entiti tersebut tidak berkepala.

“Dia pun tanya perasan sesuatu tak dekat Boomerang tu. Saya kata tak adalah pula. Tiba-tiba dia kata akak perasan orang belakang Erin tak ada kepala,” katanya kepada mStar.

Sebaik sahaja menerima mesej paparan skrin entiti tersebut daripada wanita itu, Erin rasa tidak sedap badan dan sukar tidur malam.

“Nak kata effect Boomerang tak pernah pula jadi macam ni. Nak sedapkan hati lagi saya fikir mungkin kepala dia tengah pusing tempat lain walaupun hakikatnya jantung berdegup laju.

 

Conversation saya dengan kawan tentang perkara tu tiba-tiba terdelete sendiri. Bila saya bangun pagi tengok semua mesej dalam WhatsApp clear.

 

SHAFRINA ZIBIDIN

USAHAWAN KOSMETIK

 

“Sejak itu saya rasa tak sedap badan. Rasa leher, bahu berat sangat. Esoknya waktu nak buat live rasa macam ada sesuatu sebab tak boleh nak tegakkan leher.

“Saya pun call abah beritahu nak jumpa ustaz. Tapi abah minta saya delete semua gambar benda tu dalam phone. Bila dah delete tu rasa badan OK sikit.

“Dulu pukul 2 pagi dah tidur tapi sampai sekarang saya tak boleh tidur malam. Walau menguap macam mana sekali pun memang susah nak lelap, macam ada dengar bunyi. Bila pukul 7 pagi barulah saya boleh tidur,” katanya.

Erin menafikan gambar itu disunting untuk tujuan strategi pemasaran produknya.

Lebih mengejutkan, gadis berusia 29 tahun itu mendedahkan semua mesej dalam aplikasi WhatsAppnya turut terpadam secara tiba-tiba.

Conversation saya dengan kawan tentang perkara tu tiba-tiba terdelete sendiri. Bila saya bangun pagi tengok semua mesej dalam WhatsApp clear.

“Tak pernah berlaku sepanjang dua tahun saya guna phone ni. Memang pelik. Tapi saya anggap itu mungkin kebetulan dan hanya fikir yang baik-baik jelah,” katanya.

Sementara itu, Erin yang juga usahawan kosmetik turut terkilan apabila ada segelintir pihak yang mendakwa gambar tersebut disunting untuk tujuan pemasaran produknya.

“Ini bukan marketing strategy. Benda macam ni bagi Erin bukan boleh dibuat main.

“Lagipun saya pun ada dengar orang bercerita hotel tu memang keras,” katanya mengenai hotel di Kelantan itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber  : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply