[GAMBAR] Kaka Azraff Timang Baby Boy… Tahniah!

Penyanyi Kaka Azraff telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Adam Azriff menerusi akaun Instagramnya petang tadi.

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua. Segalanya berjalan lancar dan isteri saya berada dalam keadaan stabil.

“Anak lelaki saya telah selamat dilahirkan dan juga dalam keadaan sihat dan stabil.

“Hari yang paling menggembirakan bagi kami suami isteri sekeluarga,” kongsinya.

Semalam, penyanyi yang baru melancarkan lagu Diamonds itu berkongsi keadaannya di bawah pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan.

Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber  : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.