“Kalau Pergi Watson, Tolong Jangan Reject Bila Staff Bagi Bakul,” Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu

Tidak dinafikan kini dru gstore menjadi kedai pilihan ramai terutamanya untuk membeli produk kesihatan dan kecantikan. Perkara ini didorong oleh beberapa faktor antaranya adalah berkaitan dengan jaminan keselamatan kualiti dan harga produk tersebut.

Mungkin ada yang perasan ketika anda berkunjung masuk ke kedai-kedai sedemikian, para pekerja akan menyambut anda dengan senyuman dan bakul di tangan mereka untuk diberikan kepada anda.

Adakalanya, anda akan menolak huluran bakul yang diberikan. Namun sebenarnya, ramai yang tak tahu bahawa pekerja-pekerja tersebut bukannya ‘busy body’ sengaja mengekori anda atau mahu ‘menyusahkan’ anda dengan memberikan bakul untuk dibawa.

Sebaliknya, menurut individu yang dipercayai merupakan pekerja dru gstore mendakwa bahawa pemberian bakul itu merupakan salah satu tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai KPI mereka.

“Jika korang pergi ke Watson, tolong jangan tolak memberian bakul yang kami berikan kerana ia berkaitan dengan KPI kami, walaupun korang hanya beli satu barang. Kami sangat gembira bila korang ambil bakul daripada kami.”

Dalam ciapan tersebut, daus memaklumkan bakul itu digunakan untuk mengesan berapa banyak peratusan pelanggan yang menggunakan bakul dalam sehari.

Daus turut berseloroh dengan meminta orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang pelik-pelik.

Pelawaan memberi bakul kepada pelanggan ini dibuat dengan cara yang bukan paksaan.

Daus turut menyatakan bahawa pekerja yang bagus harus mencapai KPI yang telah ditetapkan kepada para pekerja.

Tak sangka, ciapan simple tersebut tuIar dan mendapat lebih daripada 14k ulang kicau dan 10k tanda suka. Malah ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari warga net yang rata-rata tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Lepasni nak beli satu barangpun saya akan minta basket.

Maafkan aku wahai pekerja watsons

Cuak bila cashier scan basket.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: siakapkeli via kotakmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.