“Wah, Pengakuan Cinta Ke Ni?” – Menyanyi Lagu I Love You 3000, Pandangan Mata Hael Husaini Pada Dayang Nurfaizah Cetus Tanda Tanya

Hubungan mesra antara penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah semakin mengundang tanda tanya netizen.

Menerusi laman sosial Twitter, Hael memuat naik sepotong video hasil duet lagu I Love You 3000 nyanyian asal Stephanie Poetri bersama Dayang untuk tatapan wargamaya.

 

Hasil perkongsian video berdurasi 29 saat itu, ia menyerlahkan gabungan suara kedua-dua penyanyi tersebut.

Malah, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah pandangan mata Hael seolah-olah memberikan bayangan menerusi bait-bait lirik lagu tersebut kepada Dayang.

Menerusi kicauan itu juga, ramai yang turut memberikan komen teruja jika benar Hael menunjukkan rasa minatnya pada penyanyi kelahiran Kuching Sarawak itu.

 

Video itu sehingga kini telah menerima hampir 55,000 tontonan dan mendapat 3,000 ulang kicau.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber  : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply