“Wanita ini tak pakai baju konvo, muzik gamelan tiba-tiba berhenti”- Netizen sebak

Pada setiap hujung tahun, majlis konvokesyen akan diadakan oleh kebanyakan universiti di Malaysia bagi meraikan kejayaan para graduan yang sudah bertungkus-lumus dalam menamatkan pengajian mereka. Semestinya adat istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang ini akan disambut meriah terutama dengan kehadiran insan tersayang ada di sisi. Namun, tidak semua graduan bernasib baik untuk meraikan detik bersejarah seperti ini.

Momen sedih ini dikongsi oleh Minah Sendu dalam majlis Istiadat Konvokesyen Uitm ke-19 yang berlangsung di Dewan Ag0ng Tuanku Canselor, Uitm Shah Alam baru-baru ini. Menerusi posting di laman Twitternya itu, muzik gamelan tiba-tiba sahaja berhenti apabila seorang wanita yang tidak memakai jubah konvokesyen naik ke atas pentas untuk mengambil skrol.

 

Dalam postingnya itu lagi, seluruh penghuni dewan berasa sebak melihat wanita itu mengambil skrol bagi mewakili arrwah suaminya yang telah mnggal dunia pada Januari tahun ini akibat kanser limfomia.

Berdasarkan sumber Harian Metro, wanita yang bernama Nor Aziah Yahya itu merupakan isteri kepada Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin yang merupakan graduan Sarjana Komunikasi Massa di Uitm.

Ujar Aziah, sebelum arrwah suaminya itu merancang untuk menyambung master dan ingin meneruskan kerjaya sebagai pensyarah, si arrwah pernah berkhidmat sebagai pengarah akaun di sebuah syarikat pengiklanan.

Tambahnya lagi, usaha dan masa yang dikorbankan oleh arw4h suaminya demi mencapai segulung ijazah menjadi pembakar semangat serta semangat buat dirinya dan juga anak mereka.

Posting yang menyayat hati itu telah mendapat lebih 12, 000 Retweets serta dihujani dengan pelbagai komen netizen.

“I was there too, sedih”– Netizen

“Hm sedihnya” – Netizen

“Saya kenal dengan akak ni, kak aziah. Such a strong women”-Netizen

“I was there too, satu dewan tertanya kenapa tiba-tiba diam sekejap”– Netizen

Betapa cekal dan tabahnya hati seorang wanita hebat bernama Nor Aziah ini. Moga arw4h suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Aamiin……

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Twitter Minah Sendu, Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply