“Kami Tidak Keluar Berdua…” – Bella Astillah, Alif Aziz Muat Naik Gambar Keluar Bersama Tarik Perhatian Ramai

TINDAKAN penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz memuat naik gambar di Instagram Story menunjukkan mereka berada di pusat bowling, semalam menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap cinta mereka kembali berputik.

Kedua-duanya memuat naik gambar kaki mereka mengenakan kasut khas bermain bowling.

Bagaimanapun, Bella ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu. Katanya, apa yang dilakukan adakah yang terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.

“Dia perlukan ibu bapanya dan tak boleh satu pihak saja. Lagipun kami tidak keluar berdua, sebaliknya turut ditemani ibu, adik dan beberapa anggota keluarga lain,” katanya.

Pelbagai reaksi timbul dalam kalangan netizen berhubung gambar itu. Ada yang mendoakan mereka dan tidak kurang juga mengharapkan Bella tidak kembali bersama bekas suaminya itu.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan bercer4i talaak satu pada 16 Mei lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber; Hmetro, soyalemon

Be the first to comment

Leave a Reply