Lebih Tiga Tahun Marsha Pelvk Islam, “Masih Biasakan Diri Dengan Solat.” Sabar Cari Sinar Istiqamah

Tiga tahun memeluk Islam, Marsha Milan mengakui sehingga kini dirinya masih belum sempurna sebagai hamba Allah SWT.

Masih belajar seterusnya mahu lebih mendalami ilmu agama, katanya dia masih perlu biasakan diri dalam menunaikan solat lima waktu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I post gambar ni sebab laki i kata gmbr ni art art sebab ada merah kat bawah… and sebab penat tahan pungkoq duduk atas tiang besi tu.. ??? #newyork #marshamilantravels

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

 

Mengakui dia bukanlah hamba sempurna, bintang asal dari Sabah ini turut tidak malu mengakui dirinya masih merangkak dalam menunaikan ibadah wajib, meski akan terus cuba istiqamah.

Tiada beza kehidupan dahulu dan sekarang, cuma sebagai seorang Islam, saya harus biasakan diri dengan solat. Sampai sekarang, saya masih lagi mahu mempertingkatkan ilmu Islam.

“Sebagai saudara baru, saya akan cuba lakukan yang terbaik meski solat saya mungkin masih belum sempurna seadanya.

“Apapun, saya syukur kerana keluarga mertua banyak membantu. Dan sebagai saudara baru, pengalaman menunaikan umrah dan beribadah di Tanah Suci Mekah adalah pengalaman yang paling indah pernah dialami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Biar la kat luar tu jerebu.. janji cinta awak kat i tak pernah jerebu… ??? #jerebu #pickuplinejerebu

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

 

“Pernah juga saya persoalkan kemampuan diri, mampukah saya menunaikan ibadah di Mekah tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan di sana,” jelasnya kepada MH.

Kongsi Marsha lagi, kehidupannya masih sama seperti dahulu, dan ada kalanya terlepas laku, namun itulah cab4ran sebagai saudara baru.

Apa yang saya pelajari, semua agama mengajar perkara yang baik. Jadi bukan soal terlepas laku, namun membiasakan diri dengan amalan agama Islam, itu yang perlu diutamakan.

“Umumnya, slam tidak susah, ia berkenaan menerima dan mempraktikkannya dalam hidup.

“Memang saya sentiasa ada persoalan mengenai Islam kerana tidak biasa, dan syukur kerana di sekeliling saya punya teman-teman yang punya ilmu,” tuturnya tenang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Eid Adha to all. May the blessings of Allah fill your life with happiness and open all doors of success now and always, insyaAllah. Salam Aidiladha ??❤️

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

 

Penyanyi ini memeluk Islam beberapa minggu sebelum diijabkabul dengan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Bimbang ini masih mencari material baru untuk single terbaru yang bakal keluar tidak lama lagi, iaitu lagu berunsur kerakyatan khusus bagi mempromosi budaya dan etnik Negeri Di Bawah Bayu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply