
Siapa tidak kenal dengan kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan yang pernah viral kerana gelagat menghiburkan menerusi video parodi lip syns dalam kereta.
Bagaimanapun, menurut sumber dia yang juga merupakan personaliti media sosial mengesahkan sudah bercer4i pada Ahad lalu.
“Hubungan kami memang ada masalah sejak beberapa bulan lalu… tapi akhirnya kami terp4ksa mengambil keputusan untuk bercer4i.”
Dia dan bekas suami Mohd Hafizi Marzuki berpisah kerana sudah tidak ada persefahaman. Dalam pada itu, bermacam-macam usaha juga telah dilakukan untuk menyelamat rumah tangga mereka namun tidak berhasil.
Ia menyebabkan mereka bercer4i secara baik dan katanya menerusi mStar Online juga tiada berg4duh atau b3nci.
Setelah hampir lima tahun berkahwin, pasangan ini masih tidak dikurniakan cahaya mata.
Dalam pada itu, Kak Girl turut menafikan populariti yang diterima sejak kebelakangan ini menjadi faktor keretakan rumah tangga mereka.
Aksi tarian Kak Girl di dalam kereta yang dipandu suami menjadi tular di laman sosial.
“Kalau orang kata sebab dah semakin popular membuatkan hubungan kami mula dingin, itu adalah tidak benar!
“Sebelum saya dikenali lagi memang hubungan kami dah ada masalah. Tapi kami cuba sembunyikan dalam usaha untuk memperbaiki hubungan.
“Memang orang nampak kita sentiasa senyum, ketawa… tetapi apa yang berlaku di sebalik kehidupan kita tiada siapa tahu! Saya pula bukan jenis wanita yang suka berkongsi kesedihan di media sosial,” ujarnya.
Sementara itu, Kak Girl berkata status janda yang dibawa tidak akan mengganggu karier seninya dan dia akan terus bekerja untuk menyara kehidupan.
Kak Girl aktif sebagai pengacara majlis dan pelakon.
“Sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran beberapa buah telefilem dan drama. Saya juga menerima tawaran mengacara majlis dan event di sekitar Kuala Lumpur dan Johor.
“Bukan mudah apabila dah bergelar Mak Janda ni, semuanya kita kena uruskan sendiri. Apa-apa pun saya percaya dengan aturan Allah ini!,” katanya.
Pada tahun 2017, nama Kak Girl mula menjadi sebutan netizen apabila dia sering tampil dengan aksl menghiburkan menerusi siri video parodi lip sync sambil menari dalam kereta dipandu suaminya.
Gelagat yang bersahaja dan melucukan itu mula memberi tuah kepadanya dalam mengorak langkah dalam bidang seni yang memang menjadi minatnya.
VIDEO :
Sumber: mStar Online via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply